Korang yang mana satu?

Yang mana satu korang?

Ada orang kata hidup single ni tak best, kerana tiadanya tempat mengadu dan berkasih sayang. Tapi ada juga orang kata hidup kapel ni lagilah tak best, kerana hidup terkongkong, nak pergi mana-mana kena report dulu, dah macam nak minta cuti dengan bos pula, kena ada MC.

a)
Bagi yang single, tak mungkin tiadanya perasaan ingin dibelai. Nikmat untuk merasai cinta itu ada kerana sudah menjadi lumrah manusia perlukan cinta. Tetapi, mungkin adanya satu sifat yang tidak mahu berkasih sayang kecuali dengan suami/isteri tercinta. Bagi korang yang ada sifat seperti ini, tahniah kerana korang matang dan pandai membuat keputusan dalam hidup.

b)
Tetapi ada juga yang single kerana malu-malu untuk bercinta. Kurangnya keberanian untuk mengaku mencintai. Tetapi apabila orang dah mulai cucuk jarum , korang terima seadanya.

c)
Ada juga yang single kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Merasakan dirinya hodoh dan tidak layak untuk bercinta sedangkan cinta itu adalah lumrah hidup manusia. Kecantikan adalah benda pasif, yang mana tiada maksud tepat bagi menggambarkan kecantikan itu sendiri. Lain orang, lain pandangannya. 

d)
Golongan yang single kerana takutkan hukum Allah. Sebelum ni pernah bercinta, tetapi putuskan hubungan selepas mengetahui perihal sebenar di sebalik kapel. Korang amatlah hebat.

1)
Bagi pasangan bercinta pula, ada yang bercinta hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekadar melayan perasaan sunyi berseorangan. Tidak pernah merasakan sesuatu hubungan itu serius dan hanya sekadar-sekadar untuk berseronok di kala remaja. 

2)
Ada juga yang pasangan yang berangan-angan untuk meneruskan hubungan sehingga ke gerbang perkahwinan. Tetapi, lagak ketika bercinta sudah menyamai orang yang sudah berkahwin. Mungkin pada dasarnya, perkahwinan bagi mereka adalah suatu perhubungan yang sah, tanpa perlu menyorok-nyorok untuk  menunjukkan kasih sayang tetapi mereka lupa yang perkahwinan  adalah lebih daripada itu. Bukan sekadar untuk seronok.

3)
Pasangan bercinta jarak jauh yang kenal melalui laman-laman sosial. Ramai orang tidak sukakan hubungan seperti ini lebih-lebih jika berbeza negeri. Yela, takleh nak bermanja-manja dan buat maksiat. Hubungan seperti ini selalunya berlaku antara dua budak sekolah menengah yang kepingin nak bercinta.

4)
Pasangan yang bercinta tanpa berhubung dan hanya sekadar mengikat tali pertunangan, menunggu untuk berkahwin. Jarang sekali untuk dilihat pada masa sekarang. Pertunangan dan kepercayaan menjadi pegangan masing-masing untuk hidup bersama pada masa akan datang. Memerlukan satu sikap toleransi dan memahami pasangan. Jika berhubung sekalipun, hanyalah bertanya khabar melalui telefon. Tidak lebih daripada itu.

Yang mana satukah korang? Tepuk tangan, tanya kaki.
Encik Ji : berkawan sebelum berkahwin


10 Komen untuk "Korang yang mana satu?"

aku single sebab aku rasa couple itu melecehkan dan menambahkan masalah mungkin ? hehe

alamak. tak dapat nak kategorikan diri sendiri. :S

btw, entry best. saya follow. :)

Takde kategori utk aku di sini, hm.

kid punya,.. kategori dah kawin.. hehehee

bertunang jarak jauh, ada tak dalam ni?

hehe XD

hee .. pernah meng-set-mind pada yang C .. sebab takde orang berani rapat pon .. orang lain takut ..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X