Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.
Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.
Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?
Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.
Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.
Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.
Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.
Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.
Encik Ji : dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
14 Komen untuk "Aku takut mati."
selalu jugak terfikir. kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. but still dosa tetap di buat. astagfirullah hal azim..
sama2 la kita meninsafi diri....
” Nizam Ijam Dot Com”
orang yang pandai adalah orang yang mengingati mati. :)
Muhasabah diri bersama.
mati? ya,semua orang pasti akan merasainya cuma masa sahaja yang tidak ketahui..
marilah bertaubat,bak kate pepatah "bekerjalah seperti kamu hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah seperti kamu mati esok hari.."
mati itu adlah pasti. bekalkan amalan sblm ajal menjmput. same2 kita beringat =)
terima kasih kerana mengingatkan. hati makin lama makin hitam.
Oh, Lelakimu Istimewa !
Sibuk Jaga Hati Orang, Hati Sendiri Sumbat Dalam Tong Sampah
Sentiasa ingat mati adalah salah satu daripada mati syahid...
salah satu cara untuk muhasabah diri adalah mengingati kematian.smoge kita sume 'berpengakhiran' yang baik nanti.amin =)
peringatan untuk kita semua .. trima kasih ..
Lamulikuuum..
berkunjung sekejap untuk copy link gan...
ijin follow gan..
betul tu...
kalau da mati
segala status.. anak datuk ke.. tan sri ke.. artis fofular ke.. semua da xpenting.... semua sama
Salam,
Entri ini betul2 menginsafkan.. gambar tu buat aku terkedu! Seriously thank you.. slalu blogwalking just enjoy2 tgk blog org.. tapi blog ni really 'Jangan ignore!'
insaf weh baca entry nih.... terfikir gk cmne la kalau tetiba masa aku sampai dlu dari parent aku... ermmm
iejam dtg singgah dari oh belog... huhu~~~