Bangles propaganda Barat

Mungkin secara tidak sedar, dah ramai lelaki mahupun jantan apatah lagi bapuk mulai memakai bangles atau dalam bahasa melayunya gelang.

Golongan yang memakai bangles ini selalunya lelaki yang bajet handsome dan stylo apabila memakainya. Korang rasa dengan gelang tu minah-minah tepi jalan tengok ke? Setakat bangles chowkit tu takyahlah bang, sebab aku boleh beli seguni campak dalam sungai Klang. Apa yang nak dibanggakan dengan memakai bangles ni?

Mungkin ramai yang dah tahu dan sengaja memekakkan diri tentang adanya larangan memakai gelang di kalangan lelaki. Walaupun ada pendapat yang mengharuskannya untuk tujuan perubatan, tetapi korang-korang yang memakai bangles chowkit ni untuk perubatan ke?

Janganlah mudah tertipu dengan perkara-perkara yang nampaknya remeh-temeh, tapi ada motif di sebaliknya. Orang kita sekarang ni terlalu sangat mengikut peredaran zaman sampaikan tak tahu bezanya apa yang haram, apa yang halal.

Islam tidak melarang kita menerima budaya luar, tetapi apa untungnya budaya memakai bangles ni dalam masyarakat kita. Mungkin dengan memakai bangles, kita akan maju daripada bangsa lain , MUNGKIN.


Encik Ji : gelang si paku gelang. eh, gelang ke gelang? 

3 Komen untuk "Bangles propaganda Barat"

Lelaki Sikh memang kena pakai bangles... itu tuntutan ajaran Sikh :D

oo ek? xtaw pun. hehe. no wonderla.

euuww..igt hensem sangat ke wahai lelaki2 yg pakai nih. Tak langsung ok! tolong sedarkan lelaki2 macam tuh

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X