Shila Azmah Menangis





Cinta itu sangat unik, ia wujud di perasaan kita tanpa kita pinta, tanpa kita damba. Walau teruk macamana pun sesuatu hubungan, akan ada satu kenangan manis bersama yang membuatkan kita susah untuk melupakan segala-galanya. Kutuklah, makilah, hinalah, hanya hati kita yang mencintai yang memahaminya.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Apakah guna sesuatu perhubungan jika tanpa ikatan yang sah? Impian semua manusia di muka bumi ini untuk bersama pasangan hidupnya. Cinta tidak semestinya bersatu... Ungkapan yang sering diungkap pujangga cinta tanpa menilai nilai-nilai cinta itu sendiri. Senang untuk diungkapkan, tetapi amat payah untuk diterima oleh sang hati.


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Buat sang hati, bangun dan kuatlah demi jiwa ini. Mungkin aku lemah, tetapi aku kena cuba untuk melawan perasaan ini. Andaikata ini qada dan qadr, aku redha kerana ini yang terbaik buatku.


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Permainan hati, permainan jiwa. Sekali disentuh, amat susah untuk mengundur. Sekali kecewa, seribu tahun kesannya. Pengganti mungkin boleh dicari, tapi yang lama takkan dilupakan.



Encik Ji : <--- Dalam krisis perhubungan, berserah kepada Yang Maha Mengetahui walau hati menangis terseksa.




Related Post

  • Jantan Sangap ModenJantan-jantan sangap versi moden dah makin ramai. Menggunakan laman-laman sosial untuk melepaskan tempias nafsu serakah …
  • Cinta bersulami seksCinta adalah satu lumrah hidup manusia biasa. Tidak lengkap bagi seseorang itu jika tiada cinta di dalam dirinya. Sudah …
  • Perjudian Haram di MalaysiaJudi adalah satu perkara yang diharamkan dalam Islam. Perbuatan seperti ini amat ditegah kerana terdapat banyak kesan bu…
  • Perempuan kurus bajet gemukGemuk adalah salah satu perkara sensitif di kalangan perempuan. Ramai perempuan sanggup menghabiskan wang ringgit demi u…
  • Fahaman Sesat mengenai tudungTudung ialah satu alat untuk menutup kepala si perempuan di kala panas mahupun bagi menutup kepala yang sudah botak dek …
2 Komen untuk "Shila Azmah Menangis"

awwww. dalam krisis perhubungan juga? tu yang memahami tu? :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X