Cinta remaja ialah salah satu permulaan peringkat cinta. Di peringkat ini, korang akan mulai memahami perasaan dan merasai nikmatnya cinta.Setiap daripada manusia biasa akan cuba-cuba untuk menjebakkan diri dalam percintaan kerana terdapatnya sifat ingin merasai kasih sayang dari kekasih.
Walaubagaimanapun, adakah cinta yang kita temui di saat remaja ialah cinta sejati? Adakah cinta itu cinta suci? Korang jawab persoalan di bawah.
Adakah cinta korang bersulami seks ? Berapa kali korang berbual mengenai seks dengan pasangan masing-masing? Adakah korang seronok berbicara tentang seks ?
Jika itu cintanya, maknanya korang hanyalah berangan-angan kosong untuk mendapat cinta sebenar. Cinta yang berdasarkan seks dan hawa nafsu itu hanyalah permainan cinta syaitan. Nafsu cinta yang menguasai telah membuat korang lalai dan bodoh untuk menilai apakah cinta sebenar.
Mungkin di saat terputiknya cinta, masing-masing masih malu, masing-masing munafik, perangai setan korang bertukar menjadi malaikat apabila berada di hadapan pasangan masing-masing. Tetapi bila dah lama bersama, akan ada setan yang menghasut. Seks akan dijadikan topik perbualan. Konon-kononnya sebagai salah satu langkah untuk bersama apabila berkahwin nanti.
Bila masing-masing dah berani bercakap mengenai seks, di saat korang berdating , akan ada satu perasaan ingin mencuba apa yang telah dibualkan. Bagi si Jantan, janji-janji manis akan ditaburkan, semata-mata untuk memuaskan nafsu. Dan si betina bodoh, akan merelakan apa sahaja kerana adanya cinta.
Bagi pasangan kekasih, jika ini cinta yang ditunjukkan oleh pasangan korang, lupakan sahaja cinta itu, kerana ianya tidak akan bertahan lama. Cinta yang disulami seks tidak akan bertahan lama kerana ianya berlandaskan nafsu semata-mata. Carilah pasangan yang betul-betul jujur dan serius dalam perhubungan. Jangan hanya kerana kata-kata cinta, maruah tergadai. Jikaa pasangan korang mulai meminta-minta , walau hanya untuk berpegangan tangan, putuskan hubungan itu kerana cinta itu sememangnya kotor.
Cinta yang sebenar ialah cinta suci yang bertujuan untuk akad nikah.
Encik Ji : cintakan isteri
9 Komen untuk "Cinta bersulami seks"
dari pegang2 la laki nak mlebih2 pon,mula2 mnx pegang tgn,bila pompuan 2 oke je mula la mlmpau2.. =.='
boleh pandang2.. jgn pegang2... :) biar cinta smp ke jinjang pelamin...
tepok dada tanya iman. semoga tuhan melindungi kita semua dr godaan syaitan dan tuntutan hawa nafsu. amin.
kes cinta terlarang la kes buang bayi berlambak....
nauzubillah min zalik .. makin takut nak bercinta sbb takut jumpa org yg salah :/
cinta untuk dunia dan akhirat =)
cinta itu untuk selamanya... dari tuhan untuk kita.. kita perlu menilai, belai dan mengikut caraNya.. baru cinta tu berkat..
ORANGPERLIS MENULIS (update):
Review: TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK
GOOFSPOTONFILM (update):
filem THE MECHANIC banyak kesalahan, JASON STATHAM malu!
entry ko hampir same dengan aku. kat sini -->
http://sispekhitam.blogspot.com/2011/05/kalau-hanya-sex-jadi-keutamaan.html
org ckp...
lelaki berikan cinta utk dapatkan seks..
perempuan berikan seks utk dapatkan cinta..
org la ckp, bukan pakcik...:p