Perempuan kurus bajet gemuk

Gemuk adalah salah satu perkara sensitif di kalangan perempuan. Ramai perempuan sanggup menghabiskan wang ringgit demi untuk mendapatkan badan yang mantap.

Ada antara golongan perempuan ni sengaja menggedik-gedik dengan mengatakan dirinya gemuk walhal mengetahui badannya kurus. Ramai perempuan-perempuan Malaysia yang sengaja mahu menayangkan perut mereka yang putih dan kurus itu , tetapi dengan caption gemuk. Konon-kononnya untuk mendapatkan pujian daripada lelaki yang mereka itu sebenarnya tidaklah gemuk.

Perempuan-perempuan yang tahap gediknya tinggi akan membalas komen-komen yang mengatakan dirinya kurus dengan lagaknya menetapkan pendirian yang mereka sememangnya gemuk, walaupun mereka sudah tahu yang diri mereka kurus. Lelaki yang terkenal dengan mulut manisnya akan terus memuji, mengembangkan lubang-lubang hidung si perempuan bajet.

Target si perempuan yang gediknya level profesional ialah mahukan lebih daripada kata-kata pujian kurus daripada ramai lelaki. Mereka juga mahukan lelaki memuji mereka cantik , putih, gebu , hot dan lain-lain. Perempuan-perempuan dengan market murahan bagaimanapun berjaya menarik perhatian si lelaki untuk memujinya. Hakikat sebenarnya, sudah menjadi perangai si lelaki untuk memuji si perempuan yang perasan bagus ni.

Jadi, si perempuan di luar sana, tak perlulah nak menggedik secara murahan tu kerana ia nya hanya membuatkan orang menyampah melihat muka korang tu.


Encik Ji : gemukkah aku?
7 Komen untuk "Perempuan kurus bajet gemuk"

yeh yeh ..
betull. setuju 106 % !
ade sstgh tu , smapi suka sgt buat buat status ..
"..saya taxx chumel, saya gemuxx !"

Fuhh !
senyap aje tak bolah ? sabo aje lahh jang oih . huhu~
sekadar pendapat :DD

wahahahaha..
cakap la kat diorang yang diorang tuh memang gemok gedempol mengalahkan gajah liar di afrika..
wakakakakaka...
XD

hahaha... bagi ar tips camana nak kurus... saya pun dah naik badan ni... huhuhuhu

hahaha betoi2..bila wat status " sya x cntik,sya gemo " pdhal sbliknya mula lah dpt byk like dri fren..huhu sja je.. =='

haha. pmpuan market . siot je

wohh.. ganas-ganas. huk3. yang menayang tu tak tahulah nak komen apa kan. tapi rasanya perempuan akan mengatakan dirinya gemuk bila berat badan ideal yang dia nak tu tak dapat lagi or kurang keyakinan diri sebab fizikal badan mereka tu.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X