Kisah Mat Bunga Online .
Ini cerita benar berdasarkan pemerhatian terdekat member-member yang boleh dikategorikan sebagai Mat Bunga Online.
Mat Bunga Online ini adalah nama gelaran yang diberikan kepada Playboy Online yang meluluhkan hati anak-anak gadis sunti di ruang-ruang ceruk internet, tetapi pada dasarnya, hanyalah seekor orang yang pemalu. Ayatnya cukup power bila di dalam internet, tetapi bila berhadapan muka ke muka, tengok pun taknak.
Kadang2 kat dunia internet, kaulah jaguh, awek dari setiap rantau berjaya kau cairkan, bak kata orang muda-muda, kau lah no 1,kau lah terbaik. Ayat-ayat bahasa melayu tinggi gred A dikarang khas bagi menambat hati awek-awek yang berpeleseran di dalam ruang-ruang chatroom. Jika dahulu adanya friendstermyspace, sekarang facebooktwitter dijadikan tempat nada cinta.
Kadang2, aku sebagai member pun segan bila berhadapan dengan kau. Kat internet, kau lah raja, tapi kat depan aku, aku tegur pun nak taknak je jawab, oh mungkin sebab aku lelaki, kau bukanlah dalam kategori yang sukakan lelaki sepertimana geng-geng sukakan belakang.
Tapi , yang menghairankan aku, kau tak pernah pun keluar berdating sepertimana playboy2 malaya yang lain, tiap2 hari duit ptptn dorang dihabiskan untuk menyuap sekurang2nya KFC kepada awek-awek yang laparkan kasih sayang. Dunia kau hanyalah bermain Dota dengan member-member yang lain, adakah mereka juga Mat Bunga Online sebagaimana kau? Ahh, aku jeles. Kenapa aku tidak pandai bermain Dota, jika tidak, sudah pasti aku mampu menjadi sebahagian daripada geng Mat Bunga Online.
Sesungguhnya, aku sangat hormat dengan kau Mat Bunga Online. Sememangnya kau hebat, izinkan aku mengucapkan selamat maju jaya kepada kau dalam meniti kehidupan yang dipenuhi bunga-bunga cinta setiap hari.
Kebun Bunga di internet, Tanah Kubur di realiti.
Home
»
awek
»
blogger
»
bunga
»
cikaro
»
cinta
»
internet
»
lelaki
»
malaysia
»
mat
»
online
»
Mat Bunga Online
Mat Bunga Online
Related Post
Kening Sinchan dan PerempuanFenomena kening Sin Chan merata-rata di seluruh bumi Malaysia! Virus ini mula menular di kalangan gadis-gadis palsu bert…
Ciri-Ciri Perempuan Yang Menyampah Di Mata LelakiDari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu …
Ayat-Ayat Mengorat Lapuk Jejaka MalayaDi sini disenaraikan beberapa ayat mengorat lapuk yang selalu digunakan oleh jejaka malaya. Ayat ini selalunya digunakan…
Korea Vs PerempuanKorea adalah satu fenomena yang tak berapa nak baru di Malaysia. Aku pun tak tahu bila fenomena ni wujud, tahun ini? tah…
Sebab-Sebab Korang Takde Awek Mahupun Pakwe! Artikel yang sangat berilmiah ini telah dikarang oleh penulis pada sekitar jam 1222 tengah hari yang mana ketika ini…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
5 Komen untuk "Mat Bunga Online"
wAH....Sarcastic!! ahahaha
kahkahkah!
muahaha...sbb tu ah aku xpnah pcaye pon kat mat2 jiwang tah pape ni..teeeeeeeeeeeeet..haha
peh terasa Aku... hahahahaha
hehehe...berselindung disebalik tabir internet