Mat Bunga Online

Kisah Mat Bunga Online .

Ini cerita benar berdasarkan pemerhatian terdekat member-member yang boleh dikategorikan sebagai Mat Bunga Online.

Mat Bunga Online ini adalah nama gelaran yang diberikan kepada Playboy Online yang meluluhkan hati anak-anak gadis sunti di ruang-ruang ceruk internet, tetapi pada dasarnya, hanyalah seekor orang yang pemalu. Ayatnya cukup power bila di dalam internet, tetapi bila berhadapan muka ke muka, tengok pun taknak.

Kadang2 kat dunia internet, kaulah jaguh, awek dari setiap rantau berjaya kau cairkan, bak kata orang muda-muda, kau lah no 1,kau lah terbaik. Ayat-ayat bahasa melayu tinggi gred A dikarang khas bagi menambat hati awek-awek yang berpeleseran di dalam ruang-ruang chatroom. Jika dahulu adanya friendstermyspace, sekarang facebooktwitter dijadikan tempat nada cinta.



Kadang2, aku sebagai member pun segan bila berhadapan dengan kau. Kat internet, kau lah raja, tapi kat depan aku, aku tegur pun nak taknak je jawab, oh mungkin sebab aku lelaki, kau bukanlah dalam kategori yang sukakan lelaki sepertimana geng-geng sukakan belakang.

Tapi , yang menghairankan aku, kau tak pernah pun keluar berdating sepertimana playboy2 malaya yang lain, tiap2 hari duit ptptn dorang dihabiskan untuk menyuap sekurang2nya KFC kepada awek-awek yang laparkan kasih sayang. Dunia kau hanyalah bermain Dota dengan member-member yang lain, adakah mereka juga Mat Bunga Online sebagaimana kau? Ahh, aku jeles. Kenapa aku tidak pandai bermain Dota, jika tidak, sudah pasti aku mampu menjadi sebahagian daripada geng Mat Bunga Online.

Sesungguhnya, aku sangat hormat dengan kau Mat Bunga Online. Sememangnya kau hebat, izinkan aku mengucapkan selamat maju jaya kepada kau dalam meniti kehidupan yang dipenuhi bunga-bunga cinta setiap hari.

Kebun Bunga di internet, Tanah Kubur di realiti.




Related Post

  • Korea Vs PerempuanKorea adalah satu fenomena yang tak berapa nak baru di Malaysia. Aku pun tak tahu bila fenomena ni wujud, tahun ini? tah…
  • Jilb0obs Ini kali kedua artikel mengenai tetek diletakkan di dalam blog aku. Kali pertama ialah Fesyen tetek tersembul&nb…
  • Sebab-Sebab Korang Takde Awek Mahupun Pakwe! Artikel yang sangat berilmiah ini telah dikarang oleh penulis pada sekitar jam 1222 tengah hari yang mana ketika ini…
  • Kening Sinchan dan PerempuanFenomena kening Sin Chan merata-rata di seluruh bumi Malaysia! Virus ini mula menular di kalangan gadis-gadis palsu bert…
  • Ciri-Ciri Perempuan Yang Menyampah Di Mata LelakiDari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu …
5 Komen untuk "Mat Bunga Online"

muahaha...sbb tu ah aku xpnah pcaye pon kat mat2 jiwang tah pape ni..teeeeeeeeeeeeet..haha

peh terasa Aku... hahahahaha

hehehe...berselindung disebalik tabir internet

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X