Pakai tudung tak semestinya hati budi baik

"Pakai tudung tak semestinya dalamnya baik. Kami yang tak pakai tudung ni tak semestinya jahat ok."

"Jangan ingat kami tiada maruah. Kami tetap tahu batas-batas agama. Kami tahu hukum-hakam Islam. Jangan ingat kami ni jahil sangat."

Kata seorang perempuan yang gambar profile picturenya di FB yang berpakaian seakan-akan bertelanjang. Juga boleh mendatangkans stim kepada mata yang melihat.

Hujah si laknat yang membidas balik tentang tuntutan memakai pakaian menutup aurat. Menyalahkan si pemakai tudung yang juga tidak pandai menjaga batas-batas dalam Islam.

Perlukah perempuan yang buruk perangainya dijadikan model? Sedangkan yang cantik budi pekertinya berlambak-lambak. Perlukah di salahkan tudung yang dipakai jika mulut yang berkata-kata?

Memang betul, pakai tudung tak semestinya baik dalamnya, tapi apa kaitan tudung dengan dalaman hati budi manusia? Sebab tu adanya pak lebai mahupun tok imam yang terlibat dalam skandal seks di negara kita walaupun pemakaiannya dah seakan-akan menuju ke syurga.

Pemakaian menutup aurat ialah satu kewajipan ke atas seseorang yang bergelar Islam. Ianya tiada kaitan dengan hati budi seseorang.  

Bertudung tak semestinya menutup aurat. Jadi , tak mustahil lah seseorang itu mungkinnya setan. Tetapi, mereka yang menjaga aurat ialah mereka yang sedar tentang Islamnya diri mereka.

Andaikata baldi yang dipakai tu mampu menutup aurat, jadi, disarankan untuk memakainya. Andaikata guni itu mampu menutup seluruh anggota aurat kita, maka pakailah. Selagi ianya menjaga aurat kita.

Jadi, tidak sepatutnya perempuan yang tidak mahu menjaga auratnya ini mempersoalkan pemakaian menutup aurat ini jika dia seorang beragama Islam.


Encik Ji : pakai kain pelikat je


Related Post

  • Aku puasa ?Orang kata, bulan ramadhan ni semua orang puasa. Dah semua orang puasa, aku pun puasa. Aku kata aku puasa tetapi aku :-…
  • Permohonan Biasiswa JPA Dalam Negara 2011Bagi pelajar yang mengikuti Kursus Ijazah dalam negara, permohonan biasiswa JPA boleh dibuat di portal esilaV …
  • Ramadhan datang lagi,Puasa dah tiba. Apa target korang bulan ramadhan kali ni? Takde target pape? Ikut arus puasa. Orang berpuasa, kita berp…
  • Persoalan tentang murtadIni adalah salah satu komen yang aku terima daripada Encik Malim berkenaan dengan artikel aku sebelum ini. [KLIK SI…
  • Aku takut Allah?Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku…
6 Komen untuk "Pakai tudung tak semestinya hati budi baik"

yup..stuju..jgn salahkan tudung...
and it's wajib..(^^!

maeh mengingatkan..

setuju! tapi syg x ramai yg sedar..

Older "Freehair : Menegur atau menuduh?"

haaaa....
Sangat tepat dan TP juga sangat bersetuju.
Entri yang jujur dan terbuka.
tidak tuju tepat kepada sesiapa.
jadi jangan marh kalau ada yang terasa.
lebih baik berfikir kalau dah baca.

btul2..yanaa setuju 100%..heheh...=D

menutup aurat, adalah perlu bagi perempuan :)

lelaki pon perlu, tapi selalu perempuan yang jadi mangsa :)

Sesuatu yang wajib tapi dipandang remeh.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X