Layakkah artis dijadikan idola?

Lagak seakan-akan beruk yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampaikan melalaikan orang, adakah layak dijadikan sebagai idola?

Seorang artis yang mengalun-alunkan nyanyian yang melalaikan, mengajak manusia ke arah kehinaan, disanjung oleh peminat-peminatnya. Simptom kebodohan melampau yang menggangu minda manusia sekarang sudah tidak dapat dibendung.

Apakah yang ada pada seseorang artis hingga diagung-agungkan oleh para peminat, adakah kerana perwatakannya yang mengajak kita lebih mendekatkan diri kepada Allah? Adakah dengan muzik cinta dapat menginsafkan kita. Adakah ia mengajak kita untuk mengingati Allah?

Sehinggakan poster-poster artis ditampal memenuhi ruang bilik. Setiap kali sejadah dijunjung untuk beribadah, muka-muka artis terpampang di mana-mana. Tidak cukup dengan itu, gambar artis dijadikan wallpaper laptop mahupun screen saver. Tanpa kita sedar,  kita telah menjadikan seseorang artis itu seorang yang agung di mat hati kita.

Setiap kali diadakan konsert, kita yang akan menjadi penontonnya. Secara langsung mahupun tidak langsung. Bersorak-sorak mengalahkan lelaki gila talak. Berebut-rebut untuk mendapatkan autograf si artis lalu dibangga-banggakan kepada kawan-kawan yang lain. Hebat sangat kah manusia bergelar artis?

Jika orang seperti itu yang kita bangga-banggakan, tahap pemikiran kita sememangnya paling rendah. Ibaratnya kita menyokong perbuatan mereka yang melalaikan itu.


Encik Ji : tak pernah pergi konsert 

Related Post

  • Cerita orang bercinta.Rata-rata orang bercinta ni memang bahagia, pergi mana-mana pun berkepit, mengalahkan orang yang dah berkahwin, pa dan m…
  • Si Lelaki bermulut manisSiapa-siapa yang pernah kapel memang takkan lari dari ayat-ayat manis yang selalu lelaki cipta ataupun ciplak dari mana-…
  • Tarikan Seksual Baju KebayaBaju kebaya dikatakan satu warisan melayu yang mahu dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai aktiviti mahupu…
  • Lelaki dan Solat JumaatBila disebut solat jumaat, pasti semua dah tahu yang menjadi kewajipan bagi lelaki yang sudah akil baligh dan berkemampu…
  • Awas Perempuan. Jangan tangkap gambar side.Amaran bertulis untuk manusia yang bernama perempuan. Janganlah korang tangkap gambar tu dari sebelah tepi, sebab banya…
5 Komen untuk "Layakkah artis dijadikan idola?"

Nabi Muhammad s.a.w..merupakan idola pertama...

sokong.. nice entry..
Laman Sosial Baru ( GOOGLE+ )

artis? tak perlu.

kita dah ada role model sepanjang zaman, Rasulullah S.A.W

Pd pndgn saya, yg baik, blhlah kita ambil. Yg mana kita rs xperlu, buanglah. P'ingatan unt diri saya juga.:)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X