Layakkah artis dijadikan idola?

Lagak seakan-akan beruk yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampaikan melalaikan orang, adakah layak dijadikan sebagai idola?

Seorang artis yang mengalun-alunkan nyanyian yang melalaikan, mengajak manusia ke arah kehinaan, disanjung oleh peminat-peminatnya. Simptom kebodohan melampau yang menggangu minda manusia sekarang sudah tidak dapat dibendung.

Apakah yang ada pada seseorang artis hingga diagung-agungkan oleh para peminat, adakah kerana perwatakannya yang mengajak kita lebih mendekatkan diri kepada Allah? Adakah dengan muzik cinta dapat menginsafkan kita. Adakah ia mengajak kita untuk mengingati Allah?

Sehinggakan poster-poster artis ditampal memenuhi ruang bilik. Setiap kali sejadah dijunjung untuk beribadah, muka-muka artis terpampang di mana-mana. Tidak cukup dengan itu, gambar artis dijadikan wallpaper laptop mahupun screen saver. Tanpa kita sedar,  kita telah menjadikan seseorang artis itu seorang yang agung di mat hati kita.

Setiap kali diadakan konsert, kita yang akan menjadi penontonnya. Secara langsung mahupun tidak langsung. Bersorak-sorak mengalahkan lelaki gila talak. Berebut-rebut untuk mendapatkan autograf si artis lalu dibangga-banggakan kepada kawan-kawan yang lain. Hebat sangat kah manusia bergelar artis?

Jika orang seperti itu yang kita bangga-banggakan, tahap pemikiran kita sememangnya paling rendah. Ibaratnya kita menyokong perbuatan mereka yang melalaikan itu.


Encik Ji : tak pernah pergi konsert 

Related Post

  • Perjudian Haram di MalaysiaJudi adalah satu perkara yang diharamkan dalam Islam. Perbuatan seperti ini amat ditegah kerana terdapat banyak kesan bu…
  • Jantan Sangap ModenJantan-jantan sangap versi moden dah makin ramai. Menggunakan laman-laman sosial untuk melepaskan tempias nafsu serakah …
  • Fahaman Sesat mengenai tudungTudung ialah satu alat untuk menutup kepala si perempuan di kala panas mahupun bagi menutup kepala yang sudah botak dek …
  • Perempuan kurus bajet gemukGemuk adalah salah satu perkara sensitif di kalangan perempuan. Ramai perempuan sanggup menghabiskan wang ringgit demi u…
  • Akademi Fantasia program maksiatRancangan Akademi Fantasia yang baru sahaja tamat baru-baru ini mempunyai ramai peminat tak kira yang kecil mahupun yang…
5 Komen untuk "Layakkah artis dijadikan idola?"

Nabi Muhammad s.a.w..merupakan idola pertama...

sokong.. nice entry..
Laman Sosial Baru ( GOOGLE+ )

artis? tak perlu.

kita dah ada role model sepanjang zaman, Rasulullah S.A.W

Pd pndgn saya, yg baik, blhlah kita ambil. Yg mana kita rs xperlu, buanglah. P'ingatan unt diri saya juga.:)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X