Pilihan menjadi guru, rela atau terpaksa?

Kebanjiran graduat menganggur pada masa sekarang menyebabkan pelajar takut untuk mengambil risiko.

Penyelesaian mudah ialah dengan melibatkan diri dalam bidang pendidikan. Guru ialah satu pekerjaan yang dianggap mulia kerana mencorakkan masa depan anak bangsa.

Pengambilan guru baru setiap tahun semakin meningkat kerana adanya guru yang bersara dan juga guru yang berpindah ke bahagian pengurusan. Tidak hairanlah, rata-rata pelajar melibatkan diri dalam bidang pendidikan demi menjamin pekerjaan di masa hadapan.

Secara jujurnya, berapa ramai guru sekarang yang betul-betul ikhlas untuk mengajar? Adakah rela untuk ditempatkan di kawasan pedalaman ataupun itu hanya kata-kata kosong ketika ditemuduga. Persaingan di dalam bidang pendidikan juga semakin sengit. Di mana, kebanyakan universiti sudah mengambil inisiatif baru dengan meletakkan pendidikan di dalam salah satu bidang yang ditawarkan, ditambah lagi dengan maktab-maktab perguruan yang sememangnya gudang penghasilan guru-guru berkualiti.

Jadi, tidak hairanlah, suatu hari nanti, pemilihan untuk penempatan guru akan diperketatkan.

Melihat pada masa sekarang, rata-rata pelajar lepasan SPM memohon untuk memasuki maktab perguruan kerana risaukan dengan keadaan ekonomi sekarang. Risiko untuk mengambil kursus-kursus yang peluang pekerjaannya rendah di Malaysia amatlah tinggi. Sepertimana lepasan Matrikulasi yang grednya tidak mencapai target,  kursus-kursus yang tiada sambutan akan dibagi. Jadi, penyelesaian terakhir adalah dengan memohon kembali untuk kemasukan ke maktab perguruan berbekalkan sijil SPM.

Bagi yang sudah menamatkan pengajian ijazah di universiti tempatan, andaikata tiadanya pekerjaan, KPLI adalah salah satu jalan mendapatkan pekerjaan. Walaubagaimanapun, pemilihan untuk KPLI lebih mencabar dan peluang untuk mendapat tempat amatlah rendah. Ianya bergantung kepada rezeki dan nasib kita. Jelaslah sekarang, bidang pendidikan dianggap jalan selamat untuk mendapat pekerjaan.

Adakah mereka mampu untuk bertahan dalam bidang pendidikan dan ikhlas dalam menjalankan tugas? Secara ringkasnya, minat mungkin boleh dipupuk, tetapi sejauh mana ia boleh bertahan?


Encik Ji : tak suka cikgu muzik masa sekolah rendah. garang

Related Post

  • Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zamanAdat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam…
  • Apa yang hebatnya blogger otai?Blogger otai itu hebat. Bagi aku yang baru mula nak berblog ini, aku tak tahu pulak ada istilah blog otai, blog separa …
  • Wuduk?Wuduk atau dalam bahasa biasanya, air semayang ialah adalah salah satu syarat sah solat. Kebanyakan orang mengambil rin…
  • Tajuk mau panas, trafik pun tinggiMungkin tajuk aku tak berapa nak panas, sebab aku memang tak pandai nak berpanas-panas di kalam malam hari ni. Tapi, itu…
  • Lelaki berbadan tegap pilihan perempuan.Majoriti perempuan sukakan lelaki berbadan tegap, sepertimana lelaki sukakan perempuan ... .  Apa yang ada pada lel…
6 Komen untuk "Pilihan menjadi guru, rela atau terpaksa?"

i like to be a teacher.
n 15 julai ni result kluar.
hope intrvw tok cos pndidikn yg sy g bln lepas dapt.

but if xdpt doakn sy dpt cos yg len.
sy trime pe je kptsnnye =)

btw jom komen link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

tuah ar pasal..sokong jugak...sampai masa nanti...abes semua nak jadi cikgu...hehehhe:)

tips terbaru

Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja

Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa??

Si Anu Yang Baru

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

ade juga yg jd cikgu sbb byk dpt cuti.. mmg tak ramai cikgu yg betul2 nk jadi cikgu..

saya dah 15 tahun dalam bidang perguruan...pada dasarnya mmg org tgk cikgu banyak cuti...tp hakikatnya yang bercuti murid atau pelajar..guru2 masih lagi perlu menyiapkan kerja2 sekolah, menyemak buku dsb..

ramai member amik jadi guru.

maybe left with no option kot.

kalau jadi cikgu memang korg tak kaya dengan wang ringgit. tapi balasan dari Allah berlipat kali ganda. Ini respon aku, walaupun aku pernah menjawat jawatan dengan gaji hampir 20k sebulan pun. tetap aku tinggalkan kerana cita-cita aku dari kecil ingin menjadi seorang GURU. Korg hanya tahu 'surface'..

ini respon terhadap artikel yang pernah ditulis oleh rakan karibku sendiri sebagai wartawan di sebuah akhbar terbesar Malaysia.

http://ciplakhurty.blogspot.com/2011/08/apa-ikhlas-cakap-memang-mudah.html

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X