Pantun Facebook

Oh Facebook

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun dicerita,
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca.

Ada pula yang marah tak kena masa,
Line internet problem pun nak dimarahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi jangan sesekali judge a book by its cover ya.

Tak kurang juga yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan bagi yang alpa,
Moga teknologi tak disalah guna.



Yang lain asyik duk like sahaja,
Tak kira apa post tak kira siapa tuannya, 
Adakala tak baca pun isi cerita,
Yang penting like dia mesti ada.

Yang lagi cerita hal cinta,
Bergambar profile macam dah konfirm tu laki dia,
Mulalah keluar ayat manis dari gula,
Kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira.

Ada yang tulis suka-suka,
Kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu, sangkut sorang dua.

Itulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai eloklah dia,
Tepuk dada tanyalah selera.


Encik Ji : Pantun ini 100% bukan datang daripada aku. HAHA. Credit to majalah Ujang edisi bape entah. Cover dah xde :D

Related Post

  • Ibu, masih adakah lagi syurga untukku?Syurga di bawah tapak kaki ibu. Bagi semua yang masih ada ibu, pernah tak korang terfikir bagaimanakah nanti kehidupan …
  • Skuad Skodeng Gila SeksKehebatan rakyat Malaysia yang dapat diukur dari kekreatifan mereka untuk memuaskan nafsu. Skuad skodeng di sekeliling k…
  • Perempuan bisingZaman dahulu dan zaman sekarang sudah banyak yang berbeza. Kalau dulu lelaki bising , perempuan senyap-senyap kontrol ay…
  • Model itu satu kerjaya?Bagi korang yang pernah terlibat dengan modelling, adakah memperagakan tubuh badan kepada awam itu satu pekerjaan? Kerj…
  • Cerita di sebalik rokokMerokok membahayakan kesihatan. Amaran oleh kerajaan Malaysia. Satu bentuk nasihat yang konon-kononnya melarang korang …
4 Komen untuk "Pantun Facebook"

hahahhaa...style la dia punya pantun..memang betul pun semua tu..dulu aku suka berperang like kat facebook bagi notification naik sampai 99..hahaha

tudia ku ingat hg buat. bru nk bg standing ovation. kakakaka.

btw. bes siak. muahaha.

haha style betul pantun ni. memang menggambarkan situasi semasa.

Haha,style!
Lama ohh tak baca Ujang ^_^

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X