Masyarakat Malaysia yang maju. Buka aurat kini menjadi trend.
Kali ni aku nak buka satu cerita yang mungkin kita tahu tapi tak pernah ambil serius. Secara jujurnya, aku rasa Malaysia kini berada di dalam fasa kritikal yang mana 'BUKA AURAT MENJADI TREND' .
Majoriti rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu, beragama Islam sangat-sangat tidak peka tentang perihal aurat. Kalau dulu masa sekolah, aku sangat takut untuk melihat aurat perempuan, apatah lagi nak buka aurat, nak bagi orang tengok. Yela, Ustaz kata, siapa- siapa buka aurat MASUK NERAKA, siapa-siapa yang melihat aurat juga MASUK NERAKA. Siapa tak takut kan. Bila difikirkan balik, menjadi budak-budak lebih baik daripada menjadi besar.
Bila dah besar ni, aku dapat rasakan aurat tu tu macam tiada apa-apa. MasyaAllah. Mana-mana orang buka aurat. Nak kata bukan Islam, takkan kot. Mata aku ni pun tak dapat tutup daripada melihat aurat. Yela, buka TV nampak aurat, keluar jalan-jalan nampak aurat, baca paper pun nampak aurat.
Ya Allah, banyaknya dosa aku.
Kadang-kadang aku terfikir, apa akan terjadi kepada Malaysia 20 tahun akan datang? Adakah melayu yang dibangga-banggakan oleh sesetengah orang bukan lagi Islam? Adakah akan ada melayu kristian, melayu buddha. Aku sangat takut memikirkan semua itu. Lahir sebagai Islam, tetapi pengaruh persekitaran membawanya kepada jalan yang songsang.
Budak-budak sekolah rendah masa sekarang juga dah seksi semacam. Sangat malu bila aku tengok budak-budak yang muka suci berpakaian seksi, dedah itu , dedah ni, berpegangan tangan dengan pasangan masing-masing. Apa sudah jadi Malaysia? Mana hilangnya budaya ketimuran yang dibanggakan. Mana hilangnya agama Islam yang berada pada IC. Mana hilangnya mak bapak yang bertanggungjawab membimbing. Mana hilangnya pemimpin yang memimpin negara.
Ya Allah, aku sangat sedih.
Aku sangat berharap pada satu hari nanti, Malaysia akan menjadi negara Islam. Perempuan Islam bertudung, Lelaki Islam menutup aurat.
Adakah mampu Malaysia menjadi ke arah sebuah negara yang menjaga peribadi agama Islam?
Encik Ji : Jika kau berani mengaku dirimu Islam, maka berperangailah seperti Islam, Jangan menyerupai seorang yang bukan Islam.
Related Post
Hukum Bersalam Dari Sudut Pandangan Dr MashitahIni adalah satu artikel dari sudut ruangan akhbar mana pun aku tak tahu. Artikel ini berkaitan soal jawab hukum dengan D…
Pintu Ke Neraka Yang Sangat Awesome!Artikel kali ini lebih kepada gambar-gambar yang dikumpul dari serata dunia khas untuk tatapan kawan-kawan. Sedang aku …
Saf PerempuanTopik kali ini ialah topik yang sangat simple iaitu mengenai saf perempuan. Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini,…
Tidakkah Mereka Sedar Yang Tatu Itu Tidak Akan Tanggal Dengan Sendirinya Semudah ABC? Mengikut Islam, tatu itu diharamkan di dalam agama. Jadi gambar-gambar ini tidak patut dicontohi oleh umat Islam sekalia…
Air yang hebat! Kandungan : Air Yang Dirawat Dengan Kaedah Nano Hydronium Air Zam – Zam Air Sarang Anai – Anai (Yang Telah…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Fesyen yang agak biasa di kalangan perempuan sekarang. Memang cantik, sangat cantik, yela, lelaki mana yang boleh tahan godaan fesyen macam ...
-
Siapa tidak kenal Ahmad Bin Maslan, Timb. Menteri MITI yang mewakili warga Pontian membela nasib rakyat. Walaupun hebat dan cemerlang di dal...
-
Cheers yang selalu dikaitkan dengan salah satu cara untuk menaikkan semangat dan sikap perpaduan di kalangan ahli persatuan kini mulai menja...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
2 Komen untuk "Buka Aurat Menjadi Trend"
Sokong sangat2...
saya sendiri takut dengan diri sendiri, takut kalau2 aurat xdijaga.
sekarang ni kalau tengok anak melayu, kalah anak cina. pakaian macam tak pakai apa2. tu belum masuk bab fesyen lagi, kalaupon fesyen muslimah tapi auratnya tetap terbuka..
Rendahkan pandangan.. InsyaAllah :)