Aku sayang perempuan

Orang dulu-dulu kata, perempuan ni ialah makhluk yang amat halus, yang memerlukan penjagaan rapi daripada kita, lelaki bertuah yang terpilih menjaga mereka.

Perempuan juga memerlukan kasih sayang daripada lelaki. Bila orang dah kata macam tu, aku pun sayanglah perempuan.


Aku kata aku sayang perempuan, tetapi aku :

1) bukan sayang sorang perempuan je, sampaikan 2,3,4 orang aku sayang untuk satu masa

2) lebih sayangkan kereta

3) tak pandai nak tunjuk aku sayang

4) sayang bilamana aku bosan je.

5) sayang ala kadar je, tak boleh nak sayang lebih-lebih, nanti melekat

6) pandai cakap sayang je, dalam hati tak pun

7) sayang sebab duit je, perempuan tu anak dato' , tiap-tiap minggu dia yang topupkan

8) muka dia macam mak aku, kena sayanglah kan

9) makan selalu dia yang bayar, aku tak pernah nak jadi gentleman. jimatlah kan

10) tak tahu samaada aku betul-betul sayang dia atau tak


Perempuan ni boleh jadi mak, boleh jadi awek, sepupu, mahupun isteri sekalipun.Tetapi , kalau nak berkasih tu berpada-pada, jangan kasihnya melebihi kasih yang utama, kasih kepada maha pencipta. Jika tidak dijaga, boleh binasa.

Encik Ji : aku sayang kau.



Related Post

  • Sumbangan Ikhlas kepada Noormawati Mohd Rasif.Refer here for more details.…
  • Industri 3gp Malaysia. Hebatnya rakyat kitaVideo seks format 3gp di telefon. Industri seks barat yang cuba dicontohi oleh rakyat Malaysia. Video seks dijadikan su…
  • Cintaku di FacebookCinta jarak jauh melalui facebook.  Pernah tak korang cuba-cuba untuk bercinta melalui facebook? Mungkin ada yang p…
  • Tahun-tahun yang mendatang, siapakah aku?Penceritaan membuka fikiran. Bagi korang yang sekarang ni masih dalam proses pengajian , di Universiti mahupun kolej se…
  • Pasangan Sangap dan PhonesexPhonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesa…
13 Komen untuk "Aku sayang perempuan"

apa-apapun dalam perhubungan antara manusia, kenalah ada rasa hormat-menghormati. paling kurang ajar, sayang bila mana bosan. amboi. mcm perempuan ni patung jeh kan. hati perempuan dah la sensitif. huhu. kalau tak pandai jaga hati perempuan ni, sampai tua pun takkan dapat kasih dari mana-mana perempuan. perempuan akan sangat komited dengan laki tu kalau laki tu selalu ada dan memprotect nye.

kasih kepada Allah memang paling penting. kalau yang basic ni kukuh, semua perempuan pun boleh jatuh hati dekat anda. Allah pun akan sentiasa bantu dan memberkati orang yang begini.

Betul2. Btw, suka header encik JI. hee.

Like page saya tau. (www.facebook.com/umedianetwork)

huhu, betul2.
nak berkasih sayang kena berpada-pada, beringat-ingat..kasih pada manusia kdg-kala berubah-ubah..kalau terlampau syg, hati kelak yang lebih merana. =,=

tak semestinya sayang kena tunjuk kan .. ;)

robot jambu ;p

like this one~ sungguh bermakna. ok jugak kalau lebih sayangkan kereta dari lebih sayangkan hobi~

Sayang... biarlah ikhlas dalam kejujuran...

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA *~

kasih kat manusia,depa boleh tinggalkan kita. tapi,kalau kasih kat Allah,Dia tak pernah tinggalkan kita :)

hehe, sayang biar berpada-pada.

p/s : gundam tu comel XD

robot gegurl lahh ahaha :p

~sayang tu kena ikhlas dan jujur. :D

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X