Tudung Singkat amalan perempuan jahil

Bertudung tidak semestinya tutup aurat. Mesti korang pernah dengar kan istilah seperti ni, tapi korang pekakkan telinga dengan taik telinga korang yang dah dah lama tak dikorek tu.

Di Malaysia, pemakaian tudung amatlah biasa, kerana rata-rata penduduk ialah beragama Islam. Pelbagai fesyen tudung dijual bagi mempelbagaikan lagi warna-warni kehidupan bertudung. Kalau dulu-dulu, adanya tudung bawal, sekarang tak cukup dengannya tudung , adanya pilihan lain iaitu selendang dan lain-lain.

Kebanyakan gaya pemakaian tudung zaman sekarang ialah ke arah menyingkatkan tudung. Rata-rata perempuan  yang singkat dan terlebih terbuka pemikirannya akan memakai tudung seperti ini. Pemakaian tudung versi singkat ini lebih seksi dan menjolok mata berbanding dengan tidak bertudung. Selalunya tudung singkat akan dipadankan dengan baju singkat dan push up bra yang sengaja dipakai untuk menampakkan kelentikan badan.

Amalan perempuan-perempuan jahil ini jelas tampak cacat dan mencemari nama Islam yang diorang pegang dan kandung dari kecil lagi. Inilah yang dikatakan Islam pada nama, tapi corak pemakaian ala-ala tak punya agama. Apakah motifnya tudung yang memang direka untuk menutup dada korang tu dipakai di atas daripada dada. Jadi, hanyalah menutup rambut semata-mata. Mungkin pada pandangan korang, aurat hanyalah rambut.

Jangan biarkan hidup korang dipenuhi dengan dosa semata-mata untuk bergaya. Banyak lagi fesyen untuk digayakan yang bertepatan dengan Islam. Jahil dan hinanya seorang itu kerana tetap melakukan dosa yang sama dan berulang-ulang walaupun sudah mengetahui hukum-hakamnya.


Encik Ji : sejuk hati tengok ustazah

Related Post

  • Bulu betisku, tatapan matamu.Cerita bulu betis sementara menunggu waktu berbuka. Fesyen lelaki sekarang. Seluar 3 suku yang menjadi pilihan remaja l…
  • VideoBlog. | VLOG |Seakan trend, vLOG mulai mendapat pilihan di kalangan bloggers. Untuk menjadi vLOGGERS, memerlukan sikap yang terbuka u…
  • Kenapa aku berblog?Pernah tak korang terfikir apa tujuan sebenar korang buat blog ni? Ini cerita aku dan blog pada masa lepas hingga sekar…
  • Penerangan mengenai Isu blogpot.com [ Part 2 ]Entry sebelum ini merupakan kesimpulan awal yang aku buat berdasarkan sedikit pemerhatian mengenai isu lama yang baru ha…
  • Penerangan mengenai Isu blogpot.com.Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising …
7 Komen untuk "Tudung Singkat amalan perempuan jahil"

berfesyen tak salah, asalkan menutup aurat :)

bagus2 la post awak..gud2..saya share yer..ni blog saya..mintak pendapat ye..

http://bukan-peminta-sedekah.blogspot.com/
sudi-sudi la ke blog saya, comment n like skali kalau boleh..thanks..

sgt2 stju dgn entry ni..macam2 jenis tdung ade skrg ni..ade jgak sstengah org yg pkai sbb ikut fesyen..sy pon bknlah baik mane..mash menharapkan pertolonganNya..:)

saya pernah dengar ustazah mengumpat di sekolah agama:)

tak salah berfesyen, janji cover aurat ok !

GOOD INFO.. I LIKE... MOHON SHARE... TQ

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X