Popularkah aku?

Gila populariti bukan bermaksud gila isim mahupun gila talak. Gila populariti lebih kepada mahukan perhatian dan kasih sayang orang ramai. Salah satu cara untuk menjadi popular ialah dengan menjadi artis.

Sebab itulah, ramai orang menyertai ujibakat yang disiarkan di TV semata-mata untuk menjadi artis/selebriti. Manalah tahu, rezeki untuk popular itu ada. Kot-kot suatu hari nanti, muka korang memenuhi ruang alam astro.

Sebelum menjadi terkenal, korang perlu lihat dan kenalpasti adakah korang punya ciri-ciri yang dinyatakan. Jika ada salah satu, maka peratusan untuk popular itu ada.

1) [muka handsome/cantik] pakej utama untuk menjadi terkenal.

2) [pandai melawak.] yang ni muka buruk pun takpe

3) [bakat suara.] pandai nyanyila tu, boleh jadi bintang segera AF

4) [badan korang tough/lentik.] bagi lelaki, badan ala-ala Aaron Aziz tu terbaik. bagi perempuan, ramai sangat, sampai rabun mata nak pilih

5) [pandai bodek.] mulut manis diperlukan untuk membodek producer

6) [sexy.] dedah situ, dedah sini, konfirm popular

7) [kaya] korang bukak syarikat artis, dah sah-sah popular

8) [berani] ambil risiko untuk berbogel di dalam filem

9) [bajet] adanya sifat bajet handsome/comel dalam diri korang

10) [personaliti] tak copycat orang lainnye personaliti. personaliti menarik diperlukan.yang tak menarik, mimpila.

Jika korang ada dari salah satu daripada ciri-ciri yang dinyatakan, harapan untuk menjadi terkenal itu bukanlah kosong semata-mata. Jika semua ciri yang dinyatakan ada pada korang, maka, selamat datang ke dunia popular.

Bersedia untuk menjadi tumpuan masyarakat dan mangsa kutukan dari segenap penjuru dunia.


Encik Ji : dunia penuh tipu daya

Related Post

  • 1Malaysia=1Israel ?Bagi korang yang selalu updated dengan politik di Malaysia, mesti korang pernah dengar yang mana 1Malaysia dikatakan men…
  • Detect gambar palsu di facebook.Korang mesti ada member2 facebook yang suka sangat guna gambar palsu dijadikan gambar profile. Yang paling menyampah, k…
  • Perempuan berbaju ketatBaju ketat menjadi kegemaran perempuan. Jika korang salah seorang dari perempuan yang suka sangat berbaju ketat, sila b…
  • Ramadhan datang lagi,Puasa dah tiba. Apa target korang bulan ramadhan kali ni? Takde target pape? Ikut arus puasa. Orang berpuasa, kita berp…
  • Aku takut Allah?Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku…
6 Komen untuk "Popularkah aku?"

huhu.femes thru blog tade? eheee (^_^)

i just love your site!

err. semua takde. :(
takpelah tak popular. asalkan bahagia. hehe.

nak jadi alien popular, lol XD

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X