Syurgakah aku?

Aku seorang anak yang baik, semua arahan ibu bapa aku turutkan, di depan orang tua, aku lah yang paling sopan, kepala ditunduk, tangan dihulur. Ciuman tangan di berikan. Sampaikan ke mana-mana aku pergi, orang bercakap perkara-perkara yang baik.

Di kalangan rakan-rakan, aku adalah yang paling ringan tangan. Jika ada yang kekeringan wang, duit aku dihulurkan, sampai satu ketika, dompetku yang tebal menjadi nipis hanya kerana memberikan kawan-kawan pinjam. Tapi aku tak pernah mendesak kawanku membayar balik, kerana bagiku kawan lebih bermakna dari wang ringgit. Bukan niat nak menunjuk-nunjukkan diriku kaya, tapi itu memang sifat semulajadiku.

Aku juga tidak pernah memasamkan muka, mahupun bergaduh dengan siapa-siapa sahaja. Pernah satu ketika, aku yang sedang membonceng motosikal dilanggar kereta, yang pastinya bukan aku yang salah, cedera aku teruk di bahagian kepala yang mungkin matilah jawapanku.Tapi aku tidak pernah menyalahkan si pemandu,yang nyata memandu dalam laju di kawasan perkampungan,  mungkin ini yang dinamakan qada dan qadar. Walaupun ketikamana aku terbaring di jalan raya, si pemandu yang melanggar aku telahpun melarikan diri. Mungkin dia agak takut memikirkan aku sudah mati, tapi Alhamdulillah, nafas dan kekuatan masih diberikan kepadaku yang sekarang bergelar jutawan muda.

Walau baiknya macam mana sekalipun aku, aku tetap ada kelemahan. Mungkin di mata orang, aku cukup sempurna, bagaikan malaikat yang tiada dosanya, tetapi aku sedar aku ni cukup liat untuk sujud kepada Illahi. Di  dalam seminggu, mungkin sekali atau dua wuduk melekat di tanganku, kerana waktu lain aku habiskan diri dengan membuat kerja amal di merata-rata tempat yang memerlukan pertolongan. Aku cukup pantang apabila isteriku mengejutkan subuh untuk sama-sama bersolat jemaah, mungkin makian yang akan ku berikan kepada isteriku. Di waktu orang lain menunaikan solat jumaat, aku di rumah sibuk menyediakan pakaian untuk didermakan kepada anak-anak yatim yang bakal ku kunjungi pada petangnya.

Sudah banyak aku membuat kebaikan terhadap sesama manusia, tetapi kepadaNya aku lupa. Syurgakah aku?


Encik Ji : solat itu tiang agama


Related Post

  • Aku takut mati.Kata orang, mati ialah perkara paling dekat dengan kita. Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita. Mati dalam erti …
  • Sayangkan kekasih, Jarak-jarakkan.Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang. Betul ke duduk renggang-renggan…
  • Putus cintaPutus cinta dah menjadi satu kemestian untuk pasangan yang pernah bercinta. Ibaratnya kalau tak putus, tak sah bercinta.…
  • Janji tinggal janjiJanji melayu. Ungkapan yang dikaitkan dengan orang melayu dengan janji-janjinya. Janji yang tidak pernah ditepati. Pers…
  • Perfect sangatkah lelaki?Aku nak kapel dengan awek seksi, tapi aku nak kahwin dengan perempuan bertudung.( solehah mungkin ) Ungkapan yang selal…
4 Komen untuk "Syurgakah aku?"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X