Cerita politik bodoh di Facebook.
13 akaun didaftarkan di facebook semata-mata untuk berpolitik. Kononnya berjuang demi mempertahankan kumpulan politik masing. 13 emel didaftarkan di yahoo,gmail mahupun hotmail semata-mata untuk bergaduh di Facebook. Jelaslah bodohnya kaum-kaum ini.
Yang paling jelas, menggunakan nama samaran yang jelas tampak pengecutnya pejuang-pejuang kita ini. Maki hamun biasanya digunakan dalam setiap debat konon-kononnya. Masing-masing cuba menunjukkan kepandaian, tapi kebodohannya tetap tak dapat disorok.
Para pejuang ini cuba mencari kelemahan pihak lawak untuk dijadikan asas berdebat. Lagaknya seakan-akan profesor , tapi perangai seakan-akan budak yang belum tahu beza apa itu hujah dan apa itu melalut. Rata-ratanya bercakap bagaikan pakar politik yang sudah masak dengan dunia politik.
Yang jelas dan pasti, para pejuang ini terdiri daripada melayu yang akalnya singkat untuk berfikir jauh sebelum bertindak. Tak dapat dinafikan, masing-masing punya pendapat sendiri, tapi perlu ke bergaduh di dalam Facebook? Mana hilangnya melayu yang dikatakan punya budi bahasa, cerdik akal.
Cerita politik bodoh di Facebook.
Cukup-cukuplah bertelagah , memaki-hamun di dalam facebook, kerana tu semua perkara sia-sia. Tidak salah untuk berpolitik, bahkan politik itu juga ada dalam Islam, tetapi di mana sucinya politik itu jika dipenuhi dengan kata-kata cacian.
Ya, diakui korang memang terer, berdebat mengenai ekonomi, tetapi janganlah sampai menghina pemimpin-pemimpin.
Para-para 'pejuang', cukup-cukuplah bertelagah . Lakukan sesuatu yang bermanfaat mengikut kepandaian korang tu. Jangan jadi bodoh sombong.
Mantapnya sesebuah negara itu kerana politik, tapi musnahnya sesebuah negara itu juga disebabkan politik.
Encik Ji : undi anda adalah rahsia.
Related Post
Perempuan bajet kutuk perempuan freehairIni bukan entry troll yang sesetengah bloggers gunakan untuk melaga-lagakan orang. Ini adalah entry perihal sebenar dili…
Dilema nafsu : Antara DuaIni bukan cerita rakyat, mahupun cerita hantu, ini adalah kisah benar mengenai hal ehwal manusia berdasarkan pengalaman …
Aku sayang perempuanOrang dulu-dulu kata, perempuan ni ialah makhluk yang amat halus, yang memerlukan penjagaan rapi daripada kita, lelaki b…
Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zamanAdat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam…
Tajuk mau panas, trafik pun tinggiMungkin tajuk aku tak berapa nak panas, sebab aku memang tak pandai nak berpanas-panas di kalam malam hari ni. Tapi, itu…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Orang dulu-dulu kata, perempuan ni ialah makhluk yang amat halus, yang memerlukan penjagaan rapi daripada kita, lelaki bertuah yang terpilih...
-
Cinta adalah satu perasaan kompleks yang muncul dari dalam jiwa makhluk. Banyak perihal mengenai cinta yang kita tidak sedar. Bercakap tenta...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
6 Komen untuk "Pejuang Politik Bodoh di Facebook"
tk pnh rasa nak ambik tau psl politik.sikit2 blh lah.sekdar mmbaca di surat kabar.Politik bikin manusia tak jujur sebenarnya.
tu nmnye politik kotor.
politik itu bagus sekiranya orang yang bijak mengawalnyer
a a, btol tu Neph. tp politik skang, kalo xgadoh, xsah
em.. betul tu..
awal yang baik