Cerita politik bodoh di Facebook.
13 akaun didaftarkan di facebook semata-mata untuk berpolitik. Kononnya berjuang demi mempertahankan kumpulan politik masing. 13 emel didaftarkan di yahoo,gmail mahupun hotmail semata-mata untuk bergaduh di Facebook. Jelaslah bodohnya kaum-kaum ini.
Yang paling jelas, menggunakan nama samaran yang jelas tampak pengecutnya pejuang-pejuang kita ini. Maki hamun biasanya digunakan dalam setiap debat konon-kononnya. Masing-masing cuba menunjukkan kepandaian, tapi kebodohannya tetap tak dapat disorok.
Para pejuang ini cuba mencari kelemahan pihak lawak untuk dijadikan asas berdebat. Lagaknya seakan-akan profesor , tapi perangai seakan-akan budak yang belum tahu beza apa itu hujah dan apa itu melalut. Rata-ratanya bercakap bagaikan pakar politik yang sudah masak dengan dunia politik.
Yang jelas dan pasti, para pejuang ini terdiri daripada melayu yang akalnya singkat untuk berfikir jauh sebelum bertindak. Tak dapat dinafikan, masing-masing punya pendapat sendiri, tapi perlu ke bergaduh di dalam Facebook? Mana hilangnya melayu yang dikatakan punya budi bahasa, cerdik akal.
Cerita politik bodoh di Facebook.
Cukup-cukuplah bertelagah , memaki-hamun di dalam facebook, kerana tu semua perkara sia-sia. Tidak salah untuk berpolitik, bahkan politik itu juga ada dalam Islam, tetapi di mana sucinya politik itu jika dipenuhi dengan kata-kata cacian.
Ya, diakui korang memang terer, berdebat mengenai ekonomi, tetapi janganlah sampai menghina pemimpin-pemimpin.
Para-para 'pejuang', cukup-cukuplah bertelagah . Lakukan sesuatu yang bermanfaat mengikut kepandaian korang tu. Jangan jadi bodoh sombong.
Mantapnya sesebuah negara itu kerana politik, tapi musnahnya sesebuah negara itu juga disebabkan politik.
Encik Ji : undi anda adalah rahsia.
Related Post
P1 Wimax. Penipuan Atau Kontrak?P1 wimax. Salah sebuah syarikat komunikasi pembekal internet bertaraf tinggi 4G di Malaysia. Merupakan satu fenomena ke…
10 Bangunan McDonald's Yang Belum Pernah Anda Lihat Di Seluruh DuniaSebelum dicalit dengan kontroversi Israel yahudi bangsat, McDonald's merupakan salah satu entiti yang sangat kuat dan be…
5 Jenis Permainan Kanak-Kanak Yang PelikKanak-kanak dan permainan tak dapat dipisahkan. Kesempatan ini diambil oleh para penjual untuk memasarkan banyak produk …
11 Jenis Menu KFC Seluruh Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu.Bagi sape2 yang tak pernah tahu apa itu KFC, boleh google perkataan KFC. Hasil pencarian pertama, itulah KFC yang dimaks…
5 Rahsia 'GOOGLE' Yang Maha Freak. Google adalah salah satu medium yang sering kita guna setiap kali berhadapan dengan internet. Kepentingannya tak dapat k…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Golongan murtad yang berniat buruk dengan menimbulkan kemarahan orang Islam. Berhujah berasaskan fakta sains semata-mata tanpa memikirkan pa...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
6 Komen untuk "Pejuang Politik Bodoh di Facebook"
tk pnh rasa nak ambik tau psl politik.sikit2 blh lah.sekdar mmbaca di surat kabar.Politik bikin manusia tak jujur sebenarnya.
tu nmnye politik kotor.
politik itu bagus sekiranya orang yang bijak mengawalnyer
a a, btol tu Neph. tp politik skang, kalo xgadoh, xsah
em.. betul tu..
awal yang baik