Patutkah bersyukur?

Patutkah bersyukur ketika mana korang menang perlawanan bola sepak yang mana menjadi medan korang dedahkan lutut-lutut korang yang ditonton oleh beribu-ribu orang di astro supersport?

Patutkah bersyukur ketika mana korang,perempuan menjadi finalist akademi nyanyian yang mana jelas suara korang diperdagangkan oleh pihak media?

Patutkah bersyukur ketika mana korang terpilih jadi model-model untuk peragaan fesyen yang menampakkan pusat mahupun bentuk badan korang di depan khalayak ramai?

Patutkah bersyukur ketika mana korang berjaya merangkul gelaran pelakon terbaik yang banyak mendedahkan bahagian tubuh badan korang yang menggiurkan?

Patutkah bersyukur apabila korang berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan penting yang mana korang banyak meniru berbanding berusaha mendapatkan jawapan?

Patutkah bersyukur apabila korang mendapat tempat di universiti walaupun hakikatnya korang dapat masuk universiti hanyalah kerana kerana bapak korang naib canselor di sana?

Patutkah bersyukur apabila korang dapat wang beribu ringgit walaupun tahu sumbernya dari kedai judi sebelah rumah korang?

Patutkah bersyukur apabila dapat tidur dengan nyenyak dan selesanya walaupun ketika itu isyak pun korang belum tunaikan?

Patutkah bersyukur apabila diberikan kesihatan yang sihat walaupun korang lalai daripada mengingati Allah?

Patutkah bersyukur apabila diberikan nyawa yang panjang walaupun hidup korang dipenuhi dengan maksiat dan dosa?

Patutkah bersyukur?


Encik Ji : suka tapi menyampah

Related Post

  • Model itu satu kerjaya?Bagi korang yang pernah terlibat dengan modelling, adakah memperagakan tubuh badan kepada awam itu satu pekerjaan? Kerj…
  • Pasangan Sangap dan PhonesexPhonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesa…
  • Cintaku di FacebookCinta jarak jauh melalui facebook.  Pernah tak korang cuba-cuba untuk bercinta melalui facebook? Mungkin ada yang p…
  • Ibu, masih adakah lagi syurga untukku?Syurga di bawah tapak kaki ibu. Bagi semua yang masih ada ibu, pernah tak korang terfikir bagaimanakah nanti kehidupan …
  • Mata lelakiJika korang lelaki, dan korang ada mata, ambil masa membaca ini. Bagi lelaki, mata ialah salah satu perkara paling susa…
5 Komen untuk "Patutkah bersyukur?"

agak sukar untuk jawab..haha,satu teguran yang sinis :p

Dalam maksud tu Encik Ji.
Sdikit terasa tapi keinsafan yang datang. Memang kena kat orang2 kita zaman ni.

Kita punya akal fikiran yg baik dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Moga sama2 kita dpt berfikir , yg mna betul dan salah . :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X