Ini bukan artikel pasal buah mangga mahupun iklan jualan buah mangga murah di tesco. Ini adalah cerita tentang mangga yang menggiurkan, majalah seks no 1 di Malaysia.
Secara lembutnya, majalah playboy Malaysia yang ditukar namanya bagi menghalalkan kandungannya untuk pembacaan seisi keluarga. Majalah seks yang boleh di dapati di mana-mana kedai majalah ini dipenuhi dengan gambar-gambar bogel minah-minah rempit yang sudah tiada maruah diri mencari makan dengan menjual aksi-aksi lucah secara borong kepada penerbit buku setan tersebut.
Pasaran meluas di seluruh Malaysia memudahkan remaja-remaja bawah umur mahupun yang sudah terlebih umur mendapatkan sumber seks yang mudah tanpa perlu membelinya di ebay. Hanya berbekalkan 5 ringgit sudah mampu memuaskan nafsu 30 orang remaja bagi mendapatkan seks express.
Kenapa perlu adanya penyeludupan masuk buku-buku lucah contohnya Playboy bagi memasuki Malaysia sedangkan di Malaysia sendiri, buku lucah kita gah di dalam negara mahupun luar negara. Hal ini sepatutnya dibanggakan oleh rakyat kita. Kenapa perlu disokong majalah luar sedangkan majalah kita sendiri setanding dengan majalah-majalah seks luar?
Badan-badan khas ditubuhkan untuk menghalang penyeludupan masuk buku-buku seks import yang mana untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya seks luar negara. Yang mungkin juga memberi peluang untuk penerbit buku kebanggaan kita, Mangga memperhebatkan promosi untuk menarik lebih ramai pembaca menjadi setan mahupun iblis.
Majalah mangga yang dipenuhi aksi-aksi mengghairahkan antara 2 pasangan haram yang berpelukan tanpa segan silu di tepi kolam renang,si perempuan menunjukkan buah dada yang empuk untuk tatapan pembaca yang setia, set pakaian yang menjolok mata diperagakan oleh model-model minah murahan yang terpengaruh dengan kehidupan duniawi semata-mata, model-model jamban lelaki yang dipaksa bukak bajunya menampakkan pusat yang berbau hancing dek kerana dikencing hidup-hidup oleh manusia bertopengkan setan. Itulah majalah kita, majalah negara , sokonglah.
Kenapakah majalah seperti ini diHALALkan oleh penerbitan di negara kita. Di manakah maruah kita sebagai rakyat yang konon-kononnya yang sensitif dengan hal-hal keagamaan . Sekarang, mangga memperhebatkan promosi dengan terbinanya web pelayar untuk pembaca secara online di rumah, mahupun di bilik-bilik air bagi memudahkan proses bekerja bagi lelaki yang setia dengan manga.
Adakah kita patut menyokong majalah kerana ini ialah satu proses untuk mematangkan sikap rakyat Malaysia bagi menerima budaya luar katanya. Tak lama lagi, kita eksport playboy secara terbuka apabila rakyat Malaysia sudah dihasut setan secara menyeluruh. Yang penting, Malaysia Boleh! Majulah malaysia untuk Majalah seks nombor 1 Negara.
Encik Ji : mangga memang sedap
Related Post
Kebenaran #3 : Malaysia Negara Kroni Malaysia negara kroni? Pernyataan yang sesuai menggambarkan keseluruhan malaysia. Apa bukti yang Malaysia sebuah nega…
Cerita Cinta Drama Melayu Sampah. Kahwin Paksa, Bercinta Lepas Kahwin, Konflik, Bahagia Sampai ke TuaTajuk artikel aku yang sememangnya panjang lagi maha sampah tu menunjukkan betapa berseninya aku. Aku pun tak fahamla a…
Ragam Manusia Pelik Yang Tidak Pernah Dilihat Di Dalam Train MalaysiaMalaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup se…
Kahwin Baru Nak Pakai Tudung? Pemahaman salah tentang konsep menutup aurat yang makin berleluasa di Malaysia sekarang. Dah kahwin baru nak menutup …
Tidakkah Mereka Sedar Yang Tatu Itu Tidak Akan Tanggal Dengan Sendirinya Semudah ABC? Mengikut Islam, tatu itu diharamkan di dalam agama. Jadi gambar-gambar ini tidak patut dicontohi oleh umat Islam sekalia…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
3 Komen untuk "Mangga yang montok"
Entri ini bgus. Peringatan buat semua yg inginkn ksedaran. :) .Inilah manusia, hny mmentingkn keduniaan yg smentra ini , mangga juga yg mreka2 lbih minati dpd Al-quran . Andainya merka dpt mndalami al-quran yg suci itu . . pasti hati2 mreka lbih tenang dan lbih mint ke arah islam yg sbenar . Moga mreka2 itu diberikan hidayah dpd-Nya. Aminn. :)
singgah jap bce entri ni..nice..
dh follow pun
Cover depan pon dah gambar kat kolam renang. pompuan tayang dada, laki tayang bulu dada. elok sangat la tu...same2 cari dosa..