Demam Kontest di Kalangan Blogger

Idea mengadakan kontest memang satu idea yang menarik untuk menarik minat orang bertandang ke blog. Bagi yang mempunyai kewangan stabil , hadiah-hadiah yang menarik disediakan untuk blogger-blogger yang bertandang.

Tetapi , ada antara kontest busuk yang menganjurkan perkongsian haram di kalangan blogger. Aku secara jujurnya amatlah mengutuk kontest yang melibatkan kapel. Kontest seperti ini yang jelas menunjukkan idea-idea murahan bloggers semata-mata untuk menarik minat bloggers lain menyertainya. Memang kontest ini amat digemari oleh sesetengah pihak yang suka mempertontonkan kemesraan mereka disaat bermaksiat di warung-warung kopi, mahupun di fast food restaurant.

Bagi mereka yang mudah disogokkan dengan propaganda-propaganda cinta, sememangnya kontest ini amat dinanti-dinantikan. Tidak cukup dengan kontest-kontest di FB , di blog juga tempat menyebarkan maksiat. 

Kenapa perlu mengadakan kontest seperti ini? Semata-mata untuk menunjukkan korang masing-masing ada kapel dan sayangkan kapel korang? Banyak lagi cara untuk menunjukkan sayang korang kepada pasangan masing-masing. Bukannya dengan mengikuti kontest-kontest yang konon-kononnya sweet tapi lebih kepada mengikuti hawa nafsu semata-mata.

Semestinya gambar-gambar yang terbaik sewaktu korang bermesra akan dipamerkan di blog dan diprovokasikan untuk tontonan umum.Ada antaranya gambar korang bermesra-mesraan dengan berpelukan, berpegangan tangan tanpa kemaluan, dan macam-macam lagi gambar yang amatlah tidak patut untuk dikongsi.

Dan andaikata blog korang diikuti 100 orang followers yang turut sama berminat, bermakna korang menganjurkan satu majlis maksiat yang mana menggalakkan lagi orang lain mengikuti kontest-kontest yang tidak berfaedah pun kepada korang walaupun hadiah lumayan disediakan.

Memang benar kontest-kontest diadakan bagi merancakkan orang-orang untuk berblog, tetapi adakah kontest-kontest yang korang sertai itu betul-betul bermanfaat ataupun lebih ke arah lembah setan hina.



Encik Ji : nak join kontest gak.

9 Komen untuk "Demam Kontest di Kalangan Blogger"

entri bernas..=D

Nak join contest gk!!

aku sokong pendapat ko ni bro...aku sendiri pun x penah join kontes.lom dtg minat lagi ma...

kalau bab2 kapel tu, bila dah over sngat pun pyh gak.mende gitu mmg ramai orang suka.dpt tayang kat orang ramai...
aku ni pun sama je...seb baik xde awek je.kalau x join gak la tu.haha...

Sy xpernah dan xkn join kontest ape2. Xberminat . huhu. btw entri ini bagus .

Efa :- join la. hehe

APAN :- xyhla bro, nnt rmai org mympah. hahaha

Misspurple :- errrrr.....

Arfah :- tryla join. hehe. kot mnnang

nsa x join cntst2 tpi x boleh nk stop tbiat mjiwang dlm entri tpi x letk la gmbar2 bukan2 [ dgn dia pona da skepng gmbar jarak jaoh =.=' ]

sebab tu tea xjoin contest kapel2 ni.. kalau dh sah xpe lah gak.. xde la malu nk show off partner kte tu.. tea akan join contest sayang menyayang ni, kalau boleh melibatkan makhluk lain yg kte boleh sayangi, e.g. family ke, haiwan peliharaan ke.. kapel shj? no no no..

anjurkan contest tak salah . yang salahnya , tema contest tu . dan salah satunya pasal contest couple tu lah . gambar suami isteri tak apa . tapi boyfriend girlfriend ?

dh xd bnda nk dijadikn kontest kot, tu yang bengap smcm

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X