Akademi Fantasia program maksiat

Rancangan Akademi Fantasia yang baru sahaja tamat baru-baru ini mempunyai ramai peminat tak kira yang kecil mahupun yang dah tua-tua bangka.

Rancangan Akademi Fantasia yang diminati dan disokong ramai ini mampu bertahan sehingga 9 musim lamanya. Kebanjiran artis-artis hasil dari rancangan-rancangan seperti ini menambahkan lagi persaingan dalam dunia maksiat negara.

Peserta-peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan yang murah harga suaranya dan juga lelaki-lelaki yang mahu popular secara segera ini mengikuti latihan demi latihan bagi bergelar sang juara suara paling sedap dan lunak didengar. Tak kira remaja-remaja mahupun yang mereka sudah beranak pinak menyertai audition untuk menjadi salah seorang pelajar di akademi yang konon-kononnya merupakan batu loncatan untuk berjaya dalam bidang seni.

Yang menghairankan, peserta-peserta program maksiat ini disokong kuat oleh keluarga mereka yang nampaknya agak cetek dari segi pemikiran dan moralnya. Bagi si suami yang dayus, mereka menyokong isteri mereka mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai sehingga sanggup berbelanja lebih untuk menyiapkan banner khas untuk si isteri tersayang. Kejahilannya bertambah-tambah apabila disulami dengan solat hajat mahupun sujud syukur apabila isteri mereka berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan memperluaskan lagi aktiviti maksiat.

Bagi mereka-mereka yang mindanya sempit, melihat video-video lucahlah yang dikatakan maksiat, sedangkan di depan mata mereka, rancangan yang mereka tonton mahupun sertai adalah juga salah satu acara maksiat. Pihak-pihak yang berwajib yang kononnya menegakkan amal makruf nahi munkar hanya tahu mengetuk  pintu bilik hotel murahan sedangkan pintu masuk berbayar ke rancangan seperti ini langsung tidak dilihat, apatah lagi diketuk. Mereka sanggup menutup mata dan membiarkan program-program seperti ini bermaharajalela tanpa sebarang kawalan maksiat.

Mungkin inilah yang dikatakan pemikiran masyarakat kelas pertama, masyarakat yang boleh menerima dan menyesuaikan maksiat dalam kehidupan harian.


Encik Ji : nyanyi dalam jamban je

Related Post

  • Detect gambar palsu di facebook.Korang mesti ada member2 facebook yang suka sangat guna gambar palsu dijadikan gambar profile. Yang paling menyampah, k…
  • Persoalan tentang murtadIni adalah salah satu komen yang aku terima daripada Encik Malim berkenaan dengan artikel aku sebelum ini. [KLIK SI…
  • Aku takut Allah?Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku…
  • Permohonan Biasiswa JPA Dalam Negara 2011Bagi pelajar yang mengikuti Kursus Ijazah dalam negara, permohonan biasiswa JPA boleh dibuat di portal esilaV …
  • Ramadhan datang lagi,Puasa dah tiba. Apa target korang bulan ramadhan kali ni? Takde target pape? Ikut arus puasa. Orang berpuasa, kita berp…
4 Komen untuk "Akademi Fantasia program maksiat"

setuju sangat la encik ji. Kalau bab program sebegini memang bersungguh benar. Sebab program akademi fantasia ni, astro yuran semakin mahal pun sanggup tempah. Pastu satu lagi encik ji. Program idola kecil. Program pertandingan nyanyian kanak2. kecik2 pun dah mula galak anak2 terjun bidang maksiat.

idola kcik..adik aku pun minat. hehe. annoying giler rncangn tu

hmm, lama xtengok af ...last tgk pon masa shahir menang...

taw xpe tea.. dayus.

princess ugly xyh tgk la.buang masa je..hehe. bohsan

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X