Hina, busuk, jijik, kotor, celaka. Itulah kata-kata yang seringkali dihamburkan oleh segelintir masyarakat luar kepada rakyat-rakyat kelantan.
Aku sebagai salah seorang anak kelantan turut merasa tempiasnya. Sedih, sebak, marah, geram, perasaannya bercampur baur. Aku sangat terkilan bilamana negeri kelahiranku di hina sebegini rupa.
Mungkin rata-rata daripada kami dianggap bersikap kenegerian, tetapi bagi aku, itu bukanlah alasan untuk mengutuk, mengeji kami. Bagi aku, bukannya semangat kenegerian yang cuba dibawa, tetapi faktor komunikasi, bahasa yang membuatkan warga kelantan lebih selesa berkawan sesama sendiri. Tetapi itu tidak bermakna, kami sombong, berlagak tidak mahu berkawan dengan rakan-rakan dari negeri lain. Secara peribadinya, aku sendiri mempunyai ramai kawan yang berasal dari negeri yang berlainan, bahkan rakan karibku sendiri bukanlah terdiri dari rakyat yang dianggap jijik di mata manusia bodoh ini.
Provokasi. Itulah istilah yang boleh aku bagi kepada si bodoh yang cuba memecah belahkan persaudaraan sesama islam. Aku pelik, di manakah manusia yang membenci kelantan, kerana di sekeliling aku, rakan yang aku kenali bukanlah seperti yang aku kenal di dunia cyber ni. Lancang berkata-kata, tetapi bodoh pemikirannya.
Peliknya aku kepada golongan mulut lancang yang terus menerus menghina negeri kelantan, membuat fitnah itu ini, semata -mata mahu menambahkan api kemarahan kepada golongan-golongan yang sempit otaknya. Tuduh menuduh asset utama kepada si provokasi.
Mungkin ada sesetengah daripada masyarakat kelantan yang jahat perangainya, buruk teladannya, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutuk seluruh negeri kami. Dalam dunia ini, tiada yang membezakan sesuatu manusia dari segi bangsa, negeri, kaum mahupun agama sekalipun, tetapi yang membezakan kita ialah baik buruk, baik jahat sikap seseorang individu itu sendiri. Buka mata, buka hati, kenali diri sendiri.
Encik Ji : Keyboard warrior is the true warrior. lalala
Related Post
Kelantan Negeri HinaHina, busuk, jijik, kotor, celaka. Itulah kata-kata yang seringkali dihamburkan oleh segelintir masyarakat luar kepada r…
Dasar Maling!Dasar Maling! Aku pun tak tahu apa benda la maling-maling ni. Bila dah google, barulah tahu Maling tu pencuri atau dalam…
Melayu Makin Jahanam Selain kegilaan menjadi manusia babi, budak-budak melayu sekarang aku dapat simbolkan sebagai -jahanam. Perangai bud…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Orang dulu-dulu kata, perempuan ni ialah makhluk yang amat halus, yang memerlukan penjagaan rapi daripada kita, lelaki bertuah yang terpilih...
-
Cinta adalah satu perasaan kompleks yang muncul dari dalam jiwa makhluk. Banyak perihal mengenai cinta yang kita tidak sedar. Bercakap tenta...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
1 Komentar untuk "Kelantan Negeri Hina"
sy setuju dengan entry ni. masa kat uni dulu pun, kwn kawan selalu mengejek loghat kelantan, dalam hati, hina ke negeri pantai timur ni. sy diam, malas nak jawab lebih, berdiam bukan bermakna kalah, evendo sy bukan dari kelantan, tapi i'm in love makanan kelantan.