Rasuah dah jadi sebahagian daripada hidup golongan di Malaysia. Dari peringkat teratas sampaila peringkat bawah, rasuah bagaikan dah sebati dengan orang-orang di sini. Sedangkan dalam Islam sendiri, rasuah itu dilarang sekeras-kerasnya untuk diamalkan, tak kira apa tujuan sekalipun.
Biasanya rasuah ini ditukar nama nya menjadi nama-nama moden yang lebih sopan dan boleh dipercayai seperti imbuhan, insentif, sedekah, hadiah dan lain-lain lagi nama yang suci.
Aku agak kecewa dengan sistem politik di Malaysia. Tak kira dari pihak mana, semuanya menggunakan duit sebagai pemangkin keterasan kejayaan politik. Secara jujur, aku terkilan bila ada pihak yang cuba memanipulasi golongan yang tidak berduit untuk kepentingan parti.
Kenapa aku anggap pertolongan berbentuk duit mahupun lain-lain itu sebagai rasuah? Sebabnya pertolongan itu hanya datang apabila tiba musim mengundi, dan tidak pada waktu-waktu lain. Mungkin orang akan anggap aku buta hati, buta mata, tetapi itulah hakikatnya. Mana pergi bantuan-bantuan yang ditabur sepertimana bantuan dihulurkan di musim pilihanraya? Kenapa tidak ada lagi bantuan-bantuan berbentuk duit pada hari-hari biasa? Senang je. Itulah rasuah.
Mungkin ada sesetengah berpendapat, wang itu ditabur untuk kemajuan ekonomi setempat ataupun ekonomi negara. Adakah pabila tiba musim mengundi pembangunan setempat tidak dilakukan sehingga banyak duit dilaburkan semata-mata untuk menggerakkan jentera parti masing-masing?
Sesungguhnya aku tidak menyebelah mana-mana parti. Aku lebih selesa memilih calon yang berwibawa berbanding memilih parti sebagai batu asas kejayaan.
Encik Ji : bonus hari raya takde ke? :( takkan orang besut je dapat.
Followers
Artikel Pilihan
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Orang selalu kata, lelaki selagi tak cukup kuota 4, selagi tu mencari-cari. Maknanya, kalau dah cukup kuota 4, laki tu akan setia kepada yan...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Entry yang kerapkali aku jumpa bila berblogwalking. Apa yang ada pada blogger otai yang takde pada blogger biasa? Satu je iaitu 'nama...
-
Blogger otai itu hebat. Bagi aku yang baru mula nak berblog ini, aku tak tahu pulak ada istilah blog otai, blog separa otai, blog pro, kir...
-
Siapa tidak kenal Ahmad Bin Maslan, Timb. Menteri MITI yang mewakili warga Pontian membela nasib rakyat. Walaupun hebat dan cemerlang di dal...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komen untuk "Rasuah"