Mungkin tajuk aku tak berapa nak panas, sebab aku memang tak pandai nak berpanas-panas di kalam malam hari ni. Tapi, itulah cerita aku hari ini.
Kadang-kadang, hidup kita sebagai bloggers ini, kena cari tajuk yang mantap untuk menarik pembaca. Yela, pembaca ini manusia, makhluk yang amat susah hendak digambarkan, banyak perangainya. Mengikut pemerhatian dan isi hati aku sendiri, ini adalah antara tajuk-tajuk yang kebanyakan manusia senang dan seronok untuk membaca.
1) Seks. Tajuk ini selalunya menjadi pilihan manusia. Tak kira lah yang alim mahupun yang alim suam-suam. Ada yang datang nak kutuk, ada yang datang nak nasihat, dan ada juga yang datang nak mengalami perasaan seronok. Apa yang seronok sangat? Tajuk seronok mungkin. Tetapi, kesannya, korang akan dilabel sebagai bloggers seks, yang menarik trafik menggunakan keyword seks. Itulah panahan kata-kata dari blogger lain. Tahan telinga jelah, nak trafik tinggi punya pasal.
2) Mengutuk. Dah jadi kebiasaan, si lelaki mengutuk perempuan, perempuan pula mengutuk lelaki, kutuk ayam, kutuk kucing dan lain-lain. Ini juga menarik minat orang untuk melihat sesi kutuk mengutuk itu. Yela, mungkin ada yang tengah panas, ditambah dengan entry panas, maka bertambah-tambahlah panas si empunya badan. Lebih-lebih lagu, artikel itu sedikit sebanyak bersangkut paut dengan dirinya. Contohnya, ....
3) Trafik. Tajuk seperti ini menjadi kegilaan bloggers yang berminat menjana duit dengan blog. Tipulah kalau korang tak nak duit, lebih-lebih lagi yang takde duit macam aku, jana trafik melalui blog jelah yang mampu. Cuba korang letak tajuk, Cara mendapat 1juta trafik sehari, mesti ramai yang jenguk, dan tak kurang juga yang mengutuk di dalam hati." Blog buruk macam ni nak ajar aku jana trafik tinggi? " Tidur lagi baik dari baca entry mengarut ni.
4) Politik. Ini selalunya menjadi pilihan di kalangan pembaca yang sangat-sangat suka berpolitik. Aku juga sering mengikuti perkembangan politik negara, sampaikan dah tak tahu mana satu yang betul, mana satu yang tak. Ditambah lagi dengan berbagai-bagai isu dalam negara. Jadi, korang nak jadi blogger politik, silakan. Tetapi, identiti yang tersendiri dan sumber yang berguna diperlukan untuk meraih nama dalam dunia blog politik. Setakat entry copy paste dari blog-blog politik otai, orang sedikitpun tak pandang.
5) Gosip artis. Kegilaan remaja sekarang, cerita luar dalam artis. Yelah, selebriti, semua orang pandang. Artis masuk tandas awam tak bayar 2posen pun boleh dapat trafik tinggi. Cuba korang taip je berkaitan perihal artis. Mesti trafik tak henti-henti. Tetapi, setakat gosip basi, peminat tak pandang. Lagi best, kalo korang ada rakan yang sememangnya artis, boleh dajal rakan sendiri, kasi gempak korangnya blog. Amacam? Lagi untung kalau ada pakwe artis...
Dan berbagai-bagau tajuk lagi yang nak kasi panas korangnya blog. Ini je yang aku nak senaraikan , sebab nak kongsi banyak-banyak, aku pun bukannya blogger otai, berapa kerat je nak jenguk. Kankan.
Encik Ji : suka blog yang boleh buat aku berfikir.
Related Post
Patutkah bersyukur?Patutkah bersyukur ketika mana korang menang perlawanan bola sepak yang mana menjadi medan korang dedahkan lutut-lutut k…
Seluar jeans ketat, bontot busukJeans ketat yang sudah menjadi tradisi di kalangan remaja perempuan sekarang cukup membusukkan. Bontot yang kecil mahupu…
Jantan Sangap ModenJantan-jantan sangap versi moden dah makin ramai. Menggunakan laman-laman sosial untuk melepaskan tempias nafsu serakah …
Syurgakah aku?Aku seorang anak yang baik, semua arahan ibu bapa aku turutkan, di depan orang tua, aku lah yang paling sopan, kepala di…
Ke Arah Mencapai Wawasan 2020, bermulanya revolusi Jahiliah ModenWawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir merupakan salah satu titik tolak bermulanya pemodenan Malaysia. Pem…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Golongan murtad yang berniat buruk dengan menimbulkan kemarahan orang Islam. Berhujah berasaskan fakta sains semata-mata tanpa memikirkan pa...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
9 Komen untuk "Tajuk mau panas, trafik pun tinggi"
entah,ca'ah suka blog terfaktab dgn the other khairul. best! :)
hehe..betul bro tp cr duit smpngan apa slhnya :)
saya punya entry tajuk tak hot. semua kat atas tu pun takde. :|
betul, suka blog yang buat otak berfikir, dan santai-santai =)
betul.. suka yg berfikir juga..
Sy paling tak pandai nak cari tajuk entry. Last2 tajuk tah apa2. :/
miss paling suka bab traffic..** kita serupa,duit x berapa nk ada..guna blog jelah nk jana duit
hehe
aah, sy pun try nk jd blog yg berfikir..hehe
saye suke jengok blog awk, sebab blog awk buat saya berfikir . TQ. :)