Janji tinggal janji

Janji melayu. Ungkapan yang dikaitkan dengan orang melayu dengan janji-janjinya. Janji yang tidak pernah ditepati.

Persoalannya, adakah semua melayu itu berperangai sama sehinggakan timbulnya istilah janji melayu ini? Adakah kerana janji, bangsa kita mundur?

Itulah cerita yang diturun-temurunkan kepada kita. Memberi persepsi kepada orang ramai tentang betapa teruknya melayu itu dengan janji-janjinya. Tetapi, jika melihat kepada perspektif positif,istilah seperti ini boleh membuatkan kita lebih tercabar dan ingin membuktikan kepada orang lain yang kita bukannya seperti yang diperkatakan.

Mungkin adanya kebenaran di sebalik janji melayu ini. Hidup kita yang terlalu senang di negara kita sendiri membuatkan kita leka dan lalai daripada menunaikan janji.

Dalam hidup berkeluarga, pernahkah kita berjanji kepada mana-mana ahli keluarga tentang sesuatu perkara lalu memungkirinya? Adanya halangan dari luar yang membataskan kita untuk menunaikan janji. Sebagai contoh, berjanji dengan anak-anak untuk membawa pergi bercuti, tetapi sehingga sekarang, janji 2 tahun lepas tidak penah tercapai. Agaknya apa yang bermain di dalam fikiran anak-anak? Mungkin pada pihak kita, kita mengalami masalah kewangan, atau masalah kesihatan, tetapi anak-anak kecil normal hanya akan terbayang-bayang janji yang pernah kita ungkapkan.

Di dalam komuniti masyarakat, kehidupan bersama yang memerlukan kita untuk berkomunikasi untuk merapatkan hubungan. Pernah kah kita berjanji tetapi tidak menunaikannnya? Contohnya dalam situasi kerja yang tidak memerlukan punch card. Berapa kali kita pernah lewat ke kerja dan tidak menepati masa yang sebetulnya? Walau kita punyai alasan sekalipun, perangai kita yang buruk boleh dikatakan mencerminkan keperibadian sesuatu pihak. Kita bekerja di bawah sesuatu persatuan, ikrar kita untuk bekerja bersungguh-sungguh sudah hilang dari landasannya. Jadi, adakah ini bermakna kita ni berjanji melayu?

Janji kita yang paling utama ialah janji kepada Allah. Sejak di alam roh lagi, kita telah mempunyai satu janji dengan Allah Maha Besar yang mana janji untuk beribadah kepadaNya. Jika diberikan nyawa, akan kita sujud dan tunduk kepadaNya. Tetapi, masih adakah lagi janji itu di dalam hati kita? Atau kita hanya sekadar hidup dan meneruskan janji melayu kita? Sedangkan itu janji yang paling utama.

Hakikatnya, janji melayu itu hanyalah satu kata-kata, ianya berserah kepada kita untuk menentukan perihal janji kita sendiri.


Encik Ji : jangan berjanji jika tidak boleh tepati, kerana mungkin merosakkan diri


Related Post

  • Webcam Seks Permainan NafsuBagi korang yang pernah mendengar istilah webcam seks, ini adalah cerita nya. Webcam seks ialah satu jenis permainan se…
  • Ringan-ringan adat berkapelRingan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selag…
  • Lurah Dendam jadi taruhan popularitiGambar lurah dendam korang sebagai profile picture di facebook sememangnya menjadi idaman lelaki. Sesungguhnya korang wa…
  • Dayusnya si suamiBagi pasangan yang merancang hendak berkahwin, persiapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya agar tidak menyesal di …
  • Tudung Singkat amalan perempuan jahilBertudung tidak semestinya tutup aurat. Mesti korang pernah dengar kan istilah seperti ni, tapi korang pekakkan telinga …
8 Komen untuk "Janji tinggal janji"

betul.janji melayu plg susah nk pcaya.baik diri sy sendiri.kadang2 tak tertunai jugak jnji yg dibuat.*sigh.

tak patut wujud nama janji melayu tu. bagi saya lah. mcm memburukkan bangsa sendiri je. mcm semua da mengiktiraf, kalau org melayu berjanji, mcm tulah jadinya. itu patutnya bergantung pada diri masing-masing, cuma kebanyakan melayu sekarang yang berperangai mcm tu. well, sebab nila setitik, rosaklah susu sebelanga kan. apapun, jangan berjanji kalau tak mampu laksanakan.

jangan mudah berjanji kalau kita x mampu untuk tepati.. nice entry.. :)

tak suka orang hanya berjanji manis tapi tak penah nak tunai kan...;(

sekarang susah nak percaya janji orang. tak kiralah melayu ke tak -.- . zzzz

janji melayu, selalu tak ditepati.

tapi diri sendiri yang mahu buat janji, maka kena lah tepatinya :)

segalanya bermula dengan jati diri sendiri XD

Freemason dah berjaya mempengaruh umat Islam dunia supaya mereka terpesong. Islam tak boleh dijatuhkan dengan perang, tapi Islam mudah dijatuhkan dengan Akidah dimana sekarang Akidah umat Islam semkain berkurang...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X