Dayusnya si suami

Bagi pasangan yang merancang hendak berkahwin, persiapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya agar tidak menyesal di masa akan datang.

Lebih-lebih lagi untuk si suami, yang merupakan ketua keluarga, tanggungjawab yang besar menanti korang bila dah kahwin nanti.  Semuanya di bawah tanggungan si laki, jika korang , si laki pandai mentadbir keluarga, maka bahagialah seadanya.

Jika dilihat pada masa sekarang, sudah berlambak lelaki yang dikategorikan sebagai dayus. Yang selalu kita nampak lelaki dayus ini ialah si laki yang hanya tahu mendera si isteri tak kira dari segi fizikal mahupun emosi. Tapi, perkara kecil yang membolehkan laki bergelar dayus kita tidak nampak.

Korang kena ingat, pabila kahwin, dosa si isteri semuanya di bawah tanggungan si laki. Jika rosak isteri, maka koranglah yang bertanggungjawab atas semua dosanya.

Dayuslah korang jika membiarkan isteri korang berpakaian menjolok mata , lubang hidung mahupun ruang-ruang rongga lain di hadapan bukan muhrim. Sama seperti korang membiarkan tubuh badan isteri korang dihidangkan kepada manusia-manusia lain. Jika aurat isteri korang tak dapat tutup, apa fungsinya korang sebagai suami,adakah hanya sekadar penghibur ketika duka dan peneman si isteri di masa hidupnya.

Solat anak-anak dan juga isteri korang. Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, semua yang berkaitan dengan ketuhanan hendaklah korang ambil tahu. Jika punyai isteri yang pemalas dari segi solatnya, bimbinglah dia , jangan dibiarkan hidup dalam keadaan berdosa kerana tiadanya keberkatan dalam berkeluarga. Tapi, masalahnya sekarang, si suami memang tak solat, apatah lagi nak nasihat isterinya nak solat.

Walaupun korang pemimpin yang unggul dalam komuniti, tidak semestinya korang hebat dalam memimpin keluarga.


Encik Ji : cuba jadi suami yang baik kepada agama

Related Post

  • Puasa dipermainkanRamadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Nisfu syaaban yang bermaksud setengah daripada bulan syaaban menjelma. Seelokny…
  • Sayangkan kekasih, Jarak-jarakkan.Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang. Betul ke duduk renggang-renggan…
  • Putus cintaPutus cinta dah menjadi satu kemestian untuk pasangan yang pernah bercinta. Ibaratnya kalau tak putus, tak sah bercinta.…
  • Perfect sangatkah lelaki?Aku nak kapel dengan awek seksi, tapi aku nak kahwin dengan perempuan bertudung.( solehah mungkin ) Ungkapan yang selal…
  • Korang yang mana satu?Yang mana satu korang? Ada orang kata hidup single ni tak best, kerana tiadanya tempat mengadu dan berkasih sayang. Tap…
5 Komen untuk "Dayusnya si suami"

Entri menarik dan mmg rmai lelaki/suami yg dayus skg. Em moga mreka diberi ksedaran . dan Moga Encik Ji juga bisa menjadi suami yg baik kpd agama .

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

pernah buat entri sal lelaki dayus ni, boleh usha :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
X