Da'i Farhan Juara Program Da'i Musim Ke 2.

Da'i. Rancangan berbentuk kerohanian yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat melabuhkan tirainya pada malam ini.

Program yang berlangsung beberapa minggu lamanya ini dimenangi oleh Da'i Farhan yang berasal daripada negeri serambi mekah iaitu Kelantan Darul Naim.

Nama penuh beliau ialah Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhammad yang berumur 24 tahun. Dari minggu ke minggu, Da'i Farhan mempamerkan aksi bertenaga di atas pentas dengan penuh keyakinan terhadap isi kandungan penyampaiannya.

Seorang yang periang, dan sentiasa senyum di dalam bual bicara menjadikannya pilihan ramai diangkat menjadi juara. Walaupun begitu, begitu beliau sentiasa merendah diri dengan segala kelebihan yang ada.




'Dakwah itu sunnah, Dakwah itu Ibadah' adalah moto yang dipegang kuat oleh beliau. Tahniah atas kejayaan ini Da'i Farhan dan terus bersama memajukan institusi dakwah di dalam dan luar negara. Tahniah juga buat krew TV3 dan media prima yang bertungkus lumus di dalam memperkemaskan program ini dari musim ke musim. Dalam pada kita berhibur, masih ada lagi kesedaran untuk sekurang-kurangnya kita mencari keindahan dalam Islam itu sendiri.

Antara klip video Da'i Farhan di atas pentas :






Bagi yang berminat untuk mengenal Da'i Farhan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa, boleh ikuti beliau di 



0 Komen untuk "Da'i Farhan Juara Program Da'i Musim Ke 2. "
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X